PENGENALAN
Pendidikan memegang peranan penting sebagai pendorong utama perkembangan masyarakat dan ekonomi. Bagi mencapai matlamat kerajaan untuk membawa perubahan positif dalam Pendidikan, kecerdasan buatan memperkenalkan anjakan paradigma baharu dalam pendidikan, membawa potensi untuk merombak cara kita mengajar dan belajar. Persidangan Kebangsaan Eksplorasi Pendidikan (PKEP 2024) dianjurkan sebagai satu platform inovatif untuk meneroka dan menghuraikan peranan serta potensi kecerdasan buatan dalam transformasi landskap pendidikan. PKEP 2024 menjelajahi hubungan sinergi antara pendidikan dan kecerdasan buatan, meneropong peluang-peluang baharu dan menangani cabaran-cabaran yang mungkin timbul dalam melaksanakan teknologi ini dalam kalangan institusi pendidikan. Persidangan kebangsaan pada tahun ini memberi tumpuan kepada tema yang mendalam, iaitu “Menerajui Pendidikan Menerusi Kecerdasan Buatan“. PKEP 2024 berperanan sebagai gelanggang perkongsian idea dan pengetahuan, mempersatukan pemikir-pemikir terkemuka dalam pendidikan dan teknologi untuk mengeksplorasi potensi terbesar kecerdasan buatan dalam membentuk masa depan pendidikan.
OBJEKTIF PERSIDANGAN
- Meneroka dan membentuk hala tuju inovatif dalam pendidikan yang diilhamkan oleh penggunaan kecerdasan buatan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem pendidikan.
- Mengembangkan ilmu pengetahuan hasil kajian dan penemuan melalui wacana merangkumi pelajar pasca siswazah, ahli akademik, penyelidik, pengamal pendidikan dan industri dalam bidang pendidikan.
- Mencipta platform untuk kolaborasi dan pertukaran idea dalam kalangan ahli akademik, pengamal, dan pemegang taruh dalam bidang pendidikan
- Membincangkan dan mencari penyelesaian bagi cabaran kelestarian dalam pengintegrasian teknologi kecerdasan buatan di institusi pendidikan.
- Menyediakan peluang untuk berkongsi dan mendokumentasikan penyelidikan terkini dalam konteks pembelajaran dan pengajaran.
Dianjurkan Oleh :
Lokasi Persidangan
Kunjungi Kami :
No. 1-C,
Jalan Meru Casuarina,
Bandar Meru Raya
30020 Ipoh, Perak
Malaysia.
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN
Days
Hours
Minutes